KOJUTA telah menjalankan aktiviti penternakan ayam pedaging secara tertutup pada tahun 2009 dengan permulaan dua (2) reban ayam.
Dengan permintaan daging ayam yang semakin meningkat di pasaran, KOJUTA telah membina 2 buah reban tambahan bagi menampung permintaan tersebut.
Kini, projek penternakan ayam pedaging secara tertutup ini telah menjadi sumber pendapatan utama kepada KOJUTA. Dengan hasil yang lumayan dari setiap pusingan, KOJUTA mampu memberi agihan yang lebih tinggi kepada setiap anggotanya.