TAWARAN UNTUK BERTANDING SEBAGAI CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA) PADA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SESI 2021)

EDARAN KEPADA SEMUA AHLI KOJUTA:

KJT/PEKELlLING/Jld. 3/02/21/(38)
01 Mac 2021

Kepada :

Semua Anggota
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA)

Y.Bhg. Datuk / Dato’/ Tuan / Puan,

TAWARAN UNTUK BERTANDING SEBAGAI CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA) PADA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE 20 (SESI 2021)
_______________________________________________________________

Adalah dengan hormatnya ingin saya menarik perhatian semua Anggota KOJUTA mengenai perkara di atas.

2. Berhubung dengan perkara tersebut, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) Kali Yang Ke 20 dijadualkan akan diadakan sebelum 30 Jun 2021. Tarikh, tempat dan masa mesyuarat akan dimaklumkan kemudian.

3. Untuk makluman Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Tuan / Puan, pemilihan Anggota Lembaga Koperasi bagi sesi 2021 merupakan salah satu agenda yang akan dibentang dan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

4. Sehubungan dengan itu, terdapat Lima (5) kekosongan jawatan Anggota Lembaga Koperasi untuk dipertandingkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Yang Ke 20 (Sesi 2021), iaitu ;
4.1. Empat (4) Anggota Lembaga Koperasi Yang Bersara Mengikut Pusingan Tiga (3) Tahun :
4.1.1. Tuan Sr Mok Kam Loong;
4.1.2. Y.Bhg. Datuk Prof. Dr Sr Haji Mohaizi bin Mohamad;
4.1.3. Tuan Sr Haji Zaharudin bin Zahid; dan
4.1.4. Tuan Sr Chan Peng Yue.

4.2. Manakala satu (1) kekosongan sedia ada untuk tempoh Dua (2)
tahun.

5. Untuk makluman, KOJUTA masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi permohonan meminda Undang-Undang Kecil Para 34 Lembaga Koperasi iaitu mengurangkan jumlah Anggota Lembaga daripada duabelas (12) kepada sembilan (9) orang sepertimana yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOJUTA Kali Yang Ke 19 yang diadakan pada 26 Ogos 2020. Pemakaian kepada pindaan Undang-Undang Kecil Para 34 (Lembaga Koperasi) adalah tertakluk kepada jawapan kelulusan yang dipohon daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

6. Anggota Lembaga Koperasi yang bersara mengikut pusingan serta lain-lain Anggota Koperasi yang ingin bertanding sebagai calon Anggota Lembaga Koperasi HENDAKLAH mematuhi Garis Panduan Bagi Pelantikan Atau Pelantikan Semula Anggota Lembaga Koperasi (GP3) (Pindaan) 2012 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

7. Anggota yang ingin bertanding bagi jawatan Anggota Lembaga perlu menyempurnakan borang dan mengemukakan dokumen berkaitan sepertimana berikut, iaitu:-
7.1. Borang SKM / BP (Maklumat Peribadi Calon);

7.2. Borang SKM / TAP / KEW (Tapisan Kewangan Calon Anggota Lembaga Koperasi Berkaitan Akaun / Tanggungan Calon Dengan Koperasi Di Malaysia, Kecuali Akaun Simpanan Tetap & Akaun Tabungan);
7.3. Salinan ASAL Laporan Kredit yang diperolehi dari Bank Negara Malaysia (BNM) ; dan
7.4. Satu (1) Salinan Kad Pengenalan calon yang jelas.

B. Borang-borang dan dokumen seperti di Para 7.1, 7.2 dan 7.3 yang telah disempurnakan oleh anggota yang ingin bertanding sebagai Anggota Lembaga Koperasi (ALK) hendaklah dikembalikan kepada Seketariat, Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA), 2721, Aras 2 & 3, Jalan Permata Empat, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur sebelum atau pada jam 5.00 petang, 22 Mac 2021 (Isnin).

Sekian, terima kasih.
‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’

Dengan hormatnya,
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD
Sr HAJI KHAIRUL SALEH BIN JAMALUDIN
Setiausaha

SURAT EDARAN GP3
BORANG SKM-BP
BORANG SKM-TAP-KEW BORANG SKM-BP SURAT EDARAN GP3