Fungsi utama Koperasi ini ialah perkhidmatan yang berkaitan seperti mana berikut:-
- Memberi perkhidmatan pengurusan tiket-tiket penerbangan;
- Menjalankan aktiviti pembinaan dalam bidang sivil, struktur, mekanikal, elektrikal dan bangunan;
- Menggalakan anggota berjimat cermat dan menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka pada setiap bulan menerusi potongan gaji atau bayaran langsung kepada Koperasi dan memberi kemudahan kredit dan pinjaman kepada anggota-anggota dan pekerja-pekerja Koperasi;
- Menjalankan aktiviti Skim Pajak Gadai Secara Islamik (Ar-Rahnu / Ar- Rahn);
- Menjalankan aktiviti pertanian, perladangan , pembalakan dan ternakan;
- Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan
- Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;
- Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
- Mengadakan subsidiari dibawah seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan
- Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung.
Klik link sebagai rujukan : http://kojuta.com/aktiviti/
Klik link sebagai rujukan : http://kojuta.com/kursus/