Program Ibadah Qurban 2020

Kepada,
Semua Anggota,
Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA)

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

TAWARAN MENYERTAI PROGRAM IBADAH QURBAN 2020 ANJURAN KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA) BERSAMA CAMBODIAN MUSLIM COOPERATIVES (CMC)
__________________________________________________________________

Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) dengan kerjasama Cambodian Muslim Cooperative (CMC) akan menganjurkan Program Ibadah Qurban 2020.

Sepertimana program yang lepas, tujuan program diadakan adalah untuk berkongsi merasai nikmat yang diberikan Allah S.W.T dengan masyarakat Islam di Kemboja yang rata-ratanya kurang bernasib baik, miskin dan daif disamping membantu membangunkan ekonomi mereka.

Kadar bayaran Program Qurban adalah sepertimana berikut, iaitu:-

  1. Lembu
    RM390.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Dan Sembilan Puluh Sahaja) bagi satu bahagian;
    RM2,730.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Tujuh Ratus Tiga Puluh Sahaja) bagi seekor.
  2. Kambing
    RM875.00 (Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Tujuh Puluh Lima Sahaja) bagi seekor.Oleh yang demikian , Anggota KOJUTA yang berminat untuk menyertai Program Ibadah Qurban 2020 ini bolehlah menyempurnakan Borang Penyertaan Program Ibadah Qurban 2020 yang disertakan.

Borang Penyertaan Program Ibadah Qurban 2020 yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan bersama bayaran melalui CEK/ PINDAHAN ATAS TALIAN ONLINE TRANSFER” atas nama KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (RHB BANK BERHAD CAWANGAN DATARAN WANGSA MELAWATI KUALA LUMPUR: 2-62335-0000444-7) sebelum atau pada hari Jumaat bersamaan  17 Julai 2020.

Penyertaan Anggota KOJUTA dalam Program Ibadah Qurban 2020 ini amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.
`MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’
Dengan hormatnya,
KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD