Program Ibadah Qurban 2018

Kepada,

Semua Anggota,

Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA)

 Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

TAWARAN MENYERTAI IBADAH QURBAN 2018 ANJURAN KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA) BERSAMA CAMBODIAN MUSLIM COOPERATIVES (CMC)


Suka kami menarik perhatian semua anggota mengenai perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) dengan kerjasama Cambodian Muslim Cooperatives (CMC) akan menganjurkan Program Ibadah Qurban 2018.

Sepertimana program yang lepas, tujuan program diadakan adalah untuk berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan masyarakat Islam di Kemboja yang rata-ratanya kurang bernasib baik, miskin dan daif disamping membantu membangunkan ekonomi mereka.

Kadar bayaran Program Qurban adalah sepertimana berikut, iaitu:-

Lembu

a)   RM350.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Dan Lima Puluh Sahaja) bagi satu bahagian;

b)   RM2,450.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Empat Ratus Dan Lima Puluh Sahaja) bagi seekor.

Kambing

RM600.00 (Ringgit Malaysia : Enam Ratus Sahaja) bagi seekor.

Oleh yang demikian , anggota-anggota yang berminat untuk menyertai Program Ibadah Qurban 2018 ini bolehlah menyempurnakan Borang Penyertaan Ibadah Qurban 2018 yang disertakan.

Borang Penyertaan Ibadah Qurban 2018 hendaklah dikembalikan bersama CEK atas nama KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD sebelum atau pada hari Jumaat bersamaan 03 Ogos 2018

Penyertaan anggota-anggota dalam Program Ibadah Qurban 2018 ini amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

`MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’

Borang Qurban 2018