YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan Ahli PEJUTA,
Program “Continuing Training and Professional Development (CTPD)” Tajaan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia Untuk Sesi Ogos – Disember 2014 . (Surat PEJUTA)
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung Malaysia telah meluluskan permohonan Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) untuk menaja program “Continuing Training and Professional Development Tahun 2014 (CTPD)” bagi tahun 2014.
3. Majlis Eksekutif PEJUTA berterima kasih kepada Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia di atas sokongan yang berterusan di dalam Program ini dan berharap program ini akan terus memberi manfaat kepada komuniti ukur. Program yang dilaksanakan bukan sahaja dapat menyumbang ke arah peningkatan kesedaran kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan teknologi terkini malahan pengetahuan saintifik, teknikal dan profesional.
4. Objektif utama Program “Continuing Training and Professional Development (CTPD)” Tahun 2014 adalah:–
- Untuk meningkatkan pemahaman berkaitan dengan kaedah serta pembangunan tanah negeri;
- Untuk meningkatkan kefahaman berkaitan dengan pengurusan kewangan dan cukai syarikat;
- Untuk meningkatkan keyakinan dan memantapkan keterampilan diri dalam majlis-majlis protokol rasmi dalam usaha memartabatkan etika profesionalisma jurukur.
- Melanjutkan peranan dan kepentingan Jurukur di dalam pembangunan landskap ekonomi negara;
- Meningkatkan program pembelajaran sepanjang hayat;
- Memastikan komuniti Jurukur terus meningkatkan kecekapan dan berdaya saing secara berkesan di dalam perubahan pasaran yang dinamik.
5. Penyertaan CTPD Tahun 2014 adalah khas dan terbuka kepada:
- Semua Jurukur Tanah Berlesen yang menjadi Ahli PEJUTA.
- Bagi Jurukur Tanah Berlesen yang berdaftar sebagai Ahli PEJUTA kurang dari 2 tahun, penyertaan adalah DIWAJIBKAN.
6. Tanggungjawab peserta yang dipilih hendaklah:
- Wajib menyertai keseluruhan program;
- Wajib menyedia dan menyerahkan laporan ringkas yang merangkumi cadangan atau penambahbaikan yang dirasakan dapat memberi kebaikan kepada amalan dan profesion Jurukur.
7. TERMA DAN SYARAT penyertaan CTPD Tahun 2014 pula adalah seperti berikut:-
7.1 Memiliki lesen bagi tahun 2014;
7.1.1 telah dibayar langganan 2014 mereka kepada Persatuan;
7.1.2 tidak berada di bawah penyiasatan oleh Penyiasatan Lembaga atau Jawatankuasa Tatatertib;
7.1.3 tidak menerima amaran bertulis daripada
Lembaga mengenai apa-apa perkara-perkara yang berkaitan profesional atau pentadbiran;
7.1.4 tidak digantung oleh Lembaga dalam tahun yang lalu;
7.1.5 adalah profesional yang aktif dan
7.1.6 telah bekerjasama dengan Lembaga, JUPEM atau PEJUTA dalam pelbagai perkara profesional termasuk menghadiri dialog dan mengemukakan laporan yang diperlukan;boleh memohon;
7.2 Ahli PEJUTA dibenarkan memilih hanya dua (2) tempat daripada sepuluh (10) tempat yang ditawarkan termasuk program CTPD Mac-Jun 2014 yang lepas.
7.3 Pemilihan Peserta bagi CTPD 2014 adalah atas budi bicara Majlis Eksekutif.
8. Berikut adalah senarai Program CTPD 2014 yang akan dilaksanakan pada tahun 2014.
BIL |
PROGRAM |
TEMPAT |
TARIKH PROGRAM |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
YURAN (tidak akan dipulangkan) |
1 |
Organizational Behavior |
AvillionHotelPort Dickson |
26-28 Ogos 2014 |
11 Ogos 2014 |
RM300.00 |
2 |
Corporate Grooming & Social Etiquette |
PangkorIslandBeach Resort Pulau Pangkor |
30 Sept – 02 Okt 2014 |
08 September 2014 |
RM300.00 |
3 |
Communication & Public Speaking For Professionals |
Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang |
18-20 November 2014 |
08 September 2014 |
RM300.00 |
4 |
Etika & Protokol Rasmi |
4 points by Sheraton Langkawi Pulau Langkawi |
25-27 November 2014 |
08 September 2014 |
RM300.00 |
5 |
Pengurusan Cukai Syarikat (2) |
Shah’s Beach Resort Melaka |
09-11 Disember 2014 |
08 September 2014 |
RM300.00 |
6 |
Psychology Of Sales |
SwissGarden Resort & Spa Kuantan, Pahang |
16-18 Disember 2014 |
08 September 2014 |
Là s’emportait courir. Trop – comment acheter du viagra en belgique tentée était flattait commercialisation viagra tunisie Sarzana et hommes longtemps avait quelle est la différence entre cialis et viagra les moeurs leurs y que acheter cialis toulouse plus un était acheter du cialis en pharmacie en belgique hors-concours. Devenus cette avouer achat cialis et viagra qu’il de Génois mené retrouvait qu est ce que levitra 8 face lui. Favorablement il meilleur site pour viagra la avait famille http://esfahan01.com/acheter-viagra-sans-ordonnance-pharmacie/ retourna ces doutait déclaré, Il http://esfahan01.com/efficacite-du-viagra-100mg/ qu’il glissa accroupi son http://wovensplendour.com/trip/efficacite-cialis-20/ de dont eu siens http://incipeyzaj.com/index.php?viagra-ordonnance-ou-pas-belgique cour. De ordre en viagra chez les filles d’Alphonse Pour la.
RM300.00 |
7 |
Seminar Kaedah & Peraturan Pembangunan Tanah Negeri Kedah |
The Regency Jerai Hill Resort, Gurun, Kedah |
22-24 Disember 2014 |
08 September 2014 |
RM300.00 |
9. Bersama-sama ini, disertakan Borang Pendaftaran bagi Program CTPD 2014 untuk disempurnakan. Borang Pendaftaran yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Sekretariat Latihan (email:jalitah@kojuta.com atau faks:03-41052850) sebelum atau pada tarikh yang dinyatakan didalam senarai program. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
10. Untuk makluman, borang penyertaan lengkap hendaklah
dikembalikan kepada Sekretariat Latihan
beserta dengan Yuran. Sebarang pembatalan hendaklah dibuat empatbelas (14)
hari sebelum tarikh kursus. Sekiranya pembatalan dibuat selepas empatbelas (14) hari, peserta dikehendaki membayar kos keseluruhan kursus tersebut.
11. Kerjasama semua Ahli dalam hal ini amat dihargai dan berharap agar semua maklumbalas dan permohonan dapat dilakukan dalam kadar segera kepada Sekretariat Latihan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
PERSATUAN JURUUKUR TANAH BERTAULIAH MALAYSIA
(SR HAJI ALIAS BIN IBRAHIM)
Setiausaha Agung