NOTIS TAWARAN LELONGAN BARANG KEMAS SKIM AR-RAHNU KALI KE-30

Adalah dimaklumkan bahawa Ar-Rahnu Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad akan mengadakan satu lelongan barang-barangan kemas di tempat, tarikh dan masa seperti berikut:

Tempat:  
Pejabat Operasi Ar-Rahnu KOJUTA
No. 1 Jalan 2/76C
Desa Pandan 
55100 Kuala Lumpur
No. Tel: +603-92847558 / +603 92013259 / +603-41079277

Tarikh:
22 Ogos 2017

Masa:
10.00 Pagi – 3.00 Petang

Tawaran dibuka kepada :-
a)   Individu yang berumur 18 tahun ke atas serta semua anggota Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA); dan
b)   Tidak Muflis

Penender boleh mengemukakan lebih dari *Satu (1) Borang. (1 Borang Tender berharga RM5.00)

Borang Tender hendaklah disertakan dengan RESIT BAYARAN SEBANYAK RM5.00. Borang Tender perlu dimasukan ke dalam Peti Tender selewat-lewatnya pada jam 3.00 petang , 22 Ogos 2017.

Ar-Rahnu Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad tidak terikat dengan mana-mana tawaran tender sama ada ‘tawaran tertinggi atau tawaran terendah’.

Sekian.
Ar-Rahnu Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad 
03 Ogos 2017