HARI KOPERASI NEGARA 2013

HARI KOPERASI NEGARA 2013

Dataran Darul Aman

Jitra Kedah

22-25 OGOS 2013

image_gallery

Latar Belakang
Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.
Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.
Objektif

Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:

Sumber: http://www.skm.gov.my

ANUGERAH KOPERASI NEGARA 2013

Pada tahun 2013 ini, sempena Hari Koperasi Negara 2013, Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad (KOJUTA) telah dianugerahkan sebagai pemenang Anugerah Hari Koperasi Negara 2013 bagi Kategori Pertanian Dan Industri Asas Tani di atas kejayaan dan komitmen KOJUTA di dalam aktiviti penternakan ayam pedaging secara kontrak dengan Charoen Pokphan Group Malaysia.

KOJUTA menerima Piala dan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.00.

P1030425

P1030423

P1030424