Ar-Rahnu

AR-RAHNU: SKIM PINJAMAN BERCAGAR EMAS

Ar-Rahnu KOJUTA telah mula beroperasi sejak tahun 2006.

Objektif Ar-Rahnu selain daripada menjana pendapatan daripada aktiviti ini ianya dapat juga menyediakan alternatif kepada masyarakat umum yang berpendapatan randah dalam memenuhi keperluan kewangan segera atau modal untuk perniagaan.

Ia juga dapat menghapuskan unsur ‘riba’ yang dijalankan oleh kedai pajak gadai konvensional kerana Ar-Rahnu hanya mengenakan caj upah simpan yang minimum.

Selain itu, ia juga menawarkan satu lagi alternatif sistem kewangan secara Islamik berdasarkan syariah kepada pelanggan.

Kedai Ar-Rahnu milik KOJUTA beroperasi di alamat berikut:
No. 1G, Jalan 2/76C,
Desa Pandan
51000 Kuala Lumpur.
Malaysia.

Semua anggota KOJUTA dan orang ramai yang berada berdekatan yang ingin membuat urusan gadaian adalah amat dialu-alukan.