Terma & Syarat Keahlian

Kelayakan Menjadi Anggota
1.   Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada Juruukur Tanah Berlesen yang menjadi ahli Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan / atau Juruukur Tanah yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT).

2.   Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :-
a.   warganegara Malaysia;
b.   telah mencapai umur lapan belas tahun;
c.   bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
d.   bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Permohonan menjadi Anggota.

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam boring rasmi Koperasi ini dan di alamatkan  kepada Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

 

Fi Masuk

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM500.00 berserta dengan caruman minina RM100.00 dan syer minima sebanyak RM5,000.00. Fi masuk dan caruman dan syer ini akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak Rm500.00 beserta dengan caruman minima RM100.00 dan syer minima sebanyak RM5,000.00.

Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.

Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untuk rugi.

 

Ikrar Masuk

  1. Seorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah diminta mendatangani suatu ikrar bahawa dia:-
  2. Akan terikat dengan Undang-Undang Kecil ini dan aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan.
  3. Bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan.
  4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan
  5. Tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
  6. Mana-mana pemohon yang enggan menandatangan ikrar tersebut tidak boleh diterima menjadi anggota.
  7. Seseorang yang telah menjadi anggota dengan sebab turut sama dalam membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dan mereka yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi ini, dikehendaki menandatangani ikrar menurut dalam fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangani ikrar tersebut boleh menyebabkan dia disingkir.

Penerimaan Menjadi Anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuarat yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebabnya. Seorang yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.