Mengenai Kami

PENUBUHAN

Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad atau nama singkatannya KOJUTA telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) yang sekarang dikenali sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 10 November 2000 dengan No. Bil. Daftar W-6-0319 melalui Rujukan Pendaftaran JPK.WP.(PEN):1/480/(1)

VISI

Menjadikan Koperasi Jurukur Tanah Berlesen Berhad sebagai sebuah koeprasi yang disegani, unggul, berdaya maju dan merealisasikan matlamat yang dicitakan, iaitu;

  1.  Memberi komitmen dan sumbangan yang terbaik kepada anggota-anggota dan pelanggannya.
  2. Menyediakan aktiviti-aktiviti dan prasarana kebajikan yang terbaik kepada anggota-anggotanya setanding dengan lain-lain koperasi nasional.
  3. Memberi pulangan yang terbaik ke atas pelaburan syer anggota dan lain-lain pelaburan yang disertai anggota.

MATLAMAT

Mencapai kepentingan dan aspirasi bersama di dalam aktiviti ekonomi, sosial, budaya dan kebajikan melalui satu badan yang dimiliki bersama dan terkawal secara demokrasi selaras dengan prinsip-prinsip Koperasi (diterimapakai mulai pada 24 September 1995 di Persidangan ICA yang telah diadakan di Manchester, United Kingdom, iaitu:-

 1. Keanggotaan Sukarela Dan Terbuka

Koperasi adalah organisasi sukarela yang terbuka kepada semua orang yang boleh mengguna perkhidmatanya dan yang sedia menerima tanggungjawab keanggotaan tanpa mengira diskriminasi jantina, lapisan masyarakat, bangsa, politik mahupun agama.

2. Kawalan Demokrasi Oleh Anggota

Koperasi adalah organisasi demokratik yang dikawal oleh anggotanya yang mengambil bahagian secara aktif di dalam usaha menentukan dasar dan pembuatan keputusan. Lelaki dan wanita yang berkhidmat sebagai wakil yang dipilih bertanggungjawab kepada semua anggota. Di dalam koperasi asas, anggotanya mempunyai hak mengundi yang sama (satu anggota satu undi) dan koperasi-koperasi di tahap lain disusun secara demokratik.

 3. Penglibatan Ekonomi Oleh Anggota

Setiap anggota menyumbangkan modal secara saksama dan mengawal modal koperasi itu secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal itu menjadi harta bersama koperasi itu. Pada umumnya, anggota yang menyumbang modal sebagai syarat keanggotaan akan menerima pulangan terhad, jika ada. Anggota akan menbahagikan lebihan atau keuntungan kepada tujuan berikut, iaitu; memajukan koperasi mereka mungkin melalui rizab yang sebahagian daripadanya tidak boleh diagihkan-agihkan kepada anggota; manfaatkan anggota mengikut nisbah urusniaga meraka dengan koperasi itu; dan membantu kegiatan lain yang dipersetujui oleh keanggotaan.

 4. Autonomi Dan Kebebasan

Koperasi adalah organisasi berautonomi dan berdikari yang dikawal oleh anggotanya. Jila koperasi itu membuat perjanjian dengan organisasi lain termasuk kerajaan atau mendapat modal daripada sumber luar maka ia harus memelihara prinsip kawalan demokrasi oleh keanggotaan sambil autonomi koperasi itu dikekalkan.

 5. Pendidikan, Latihan Dan Matlamat

Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, wakil yang dipilih, pengurus serta kakitangan supaya mereka boleh menyumbangkan tenaga secara berkesan kepada pembangunan koperasi mereka. Koperasi memberi maklumat kepada rakyat umum khususnya kepada remaja dan pemimpin masyarakat.

6. Bekerjasama Antara Koperasi

Koperasi berkhidmat kepada anggotanya dengan cara yang paling berkesan dan ia memperkukuhkan Gerakan Koperasi jikalau ia bekerja bersama-sama dengan struktur koperasi lain, setempat, nasional , serantau dan antarabangsa.

 7. Berprihatin Terhadap Masyarakat

Koperasi berusaha untuk mendapatkan pembangunan berkekalan bagi masyarakatnya melalui dasar-dasar yang dipersetujui oleh anggotanya.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *